suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Zed Zaidi mahu penggiat seni lebih peka soal integriti, Seniman dan SPRM anjur program kesedaran antirasuah

Zed lihat kepentingan menyebarkan kesedaran membanteras rasuah.

USAHA membendung kegiatan rasuah dalam industri hiburan terus dipertingkat apabila Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berganding bahu dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menganjurkan Program Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2026: Industri Kreatif yang bakal berlangsung pada 29 November ini.

Program yang turut menerima kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bertujuan menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan membanteras rasuah dalam kalangan warga industri kreatif menerusi pendekatan lebih santai dan mesra.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata, kerjasama berkenaan tercetus susulan hasrat SPRM untuk memperluaskan kesedaran mengenai kepentingan memerangi rasuah sempena sambutan HARA 2026, khususnya dalam kalangan penggiat seni.

Zed percaya seniman memainkan peranan penting dalam sebarkan pengaruh pada orang ramai.

Menurutnya, isu integriti perlu diberi perhatian kerana ia berkait rapat dengan kehidupan serta kerjaya setiap penggiat seni.

“Kita mahu penggiat seni memahami bahawa isu integriti ini dekat dengan kehidupan dan kerjaya mereka.

“Sebab itu, pendekatan lebih santai dan mesra dipilih supaya mesej antirasuah dapat disampaikan dengan lebih berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Zed, setiap penggiat seni perlu menjadikan integriti sebagai prinsip utama dalam kerjaya masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau rimas saya tak jadi Presiden Seniman“ - Zed Zaidi prihatin nasib artis terdesak

ARTIKEL BERKAITAN: Zed Zaidi tak malu buat rawatan wajah

Malah, pengaruh yang dimiliki golongan selebriti dan penggiat seni juga boleh dimanfaatkan untuk menyebarkan nilai positif kepada masyarakat.

“Ahli Seniman mempunyai peranan penting, bukan sahaja sebagai penggiat seni tetapi juga individu yang mempunyai pengaruh kepada masyarakat.

“Setiap ahli perlu mengamalkan integriti dalam urusan kontrak, pembayaran, pengurusan produksi dan hubungan profesional.

Seni bukan sekadar hiburan, tetapi medium untuk menyampaikan nilai.

ZED ZAIDI

PRESIDEN SENIMAN

“Kita perlu berani menolak rasuah dan tidak berkompromi dengan sebarang amalan yang salah. Seni bukan sekadar hiburan, tetapi medium untuk menyampaikan nilai dan membentuk masyarakat,” ujarnya.

Justeru, Zed berharap ahli Seniman tidak melepaskan peluang menyertai program berkenaan bagi meningkatkan pengetahuan mengenai hak serta tanggungjawab mereka.

Jelasnya, pendedahan itu penting bagi memastikan penggiat seni lebih bersedia melindungi diri daripada eksploitasi, penyalahgunaan kuasa dan amalan tidak berintegriti.

“Kita mahu membina industri seni yang lebih profesional, telus dan dipercayai. Paling penting, generasi penggiat seni akan datang dapat bekerja dalam persekitaran yang lebih baik,” katanya.

Zed seru penggiat seni turut serta program anjurannya.

Selain taklimat, program sehari itu turut menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

Antara pengisian yang disediakan termasuk taklimat khas SPRM, bengkel TikTok percuma serta pertandingan video pendek Public Service Announcement (PSA) yang menawarkan hadiah menarik.

Program itu turut dimeriahkan dengan pameran daripada persatuan dan rakan industri selain persembahan artis.

Menyasarkan penyertaan pemain industri kreatif, warga Finas dan pelajar, program berkenaan akan berlangsung dari pukul 9 pagi hingga 5 petang di Kompleks Studio Merdeka Finas, Ulu Kelang, Selangor.

Artikel Lain